Search This Blog

Monday, March 29, 2010

CERITA BOHONG


CERITA ORANG BERBOHONG NAK BERTAUBAT DARIPADA KOLUMTEPI OLEH AZIZI HJ ABDULLAH.
Cerita orang kuat bohong nak bertaubat berlaku di tepi Sungai Tembeling di Negeri Pahang.Ada dua laki bini cukup kuat berbohong.Mereka bohong bukan saja kepada orang ramai tapi kepada diri mereka sendiri,antara laki dan bini.Suatu hari sang laki bersungut kepada sang bini kerana dia ingin bertaubat;tak mahu berbohong lagi.Hasrat yang cantik itu disambut oleh sang bini dengan ucapan Alhamdulillah.Kalau begitu marilah kita sama-sama bertaubat agar tidak berbohong lagi.Tapi di mana?Di masjid?Di hadapan orang ramai?Di mahkamah syariah atau di kuala Pahang?Sang laki memberitahu,tidak perlu tempat orang ramai.Cukup di tepi tebing Sungai Tembeling.Yang penting bertaubat.Maka pagi besoknya ,selepas solat subuh pergilah sang laki dan sang bini ke tepi sungai.Si laki renjong kekar tubuhnya.Si bini tembon gedebok,tercunggit-cunggit daging punggungnya kalau berjalan.Si laki mendapat petua ,taubatberbohong yang aula ialah dengan terjun ke dalam sungai  kemudian tahan nafas selama 30 saat.Apabila timbul, luruhlah semua dosa pembohong.Taubat yang diterima mesti kena ambil segenggam tanah dasar.Sang bini setuju .Undi pun di cabut.Bini kena terjun dulu.Maka binipun dengan cawat dan baju mandinya terjun habis.Sampai ke dasar sungai.sekadar 20 saat,apabila hendak timbul kakinya tersangkut di akar.Jenuhlah dia merengkuh tapi tak terdaya.Akhirnya setelah direngkuhnya habis,kakinya pun terlucut dan timbullah ia.”Hee,lambat sangat, kenapa?Kan syarat kita sekejap saja?”Tanya sang laki.”Memang lambat sikit.Tadi dinda terjun sampai bawah,jumpa mamak roti canai.Dinda sentailah dua tiga biji.Sedap rupanya roti canai mamak di bawah ni.Orang pun ramai”.Sang laki pun hairan.Masakan bini berbohong dalam keadaan hendak bertaubat dari berbohong.Kini giliran sang laki.Lalu dia melondeh seluar dan baju,hanya tinggal seluar jerut sahaja.Dia terjun betul-betul macam gambar Tarzan;Dua tangan lurus,kepala dulu dan dua kaki juga lurus.Berkocak air Sungai Tembeling akibat bahadi terjun badan gempal itu.Tapi nasib si laki agak malang.Keplanya terhentak di seketul batu pejal sehingga berdarah.Dia jadi pening.Sakitnya memengit.Kerana tak tahan,dia pun timbul dengan segera.Kepalanya berdarah.”Hai sekejap sangat.Takkan orang nak bertaubat sekejap saja?”kata sang bini apabila lakinya yang sangat cepat menyelam .”Ini dinda punya angkara.Mamak roti canai tu pukul kanda sampai berdarah di kepala ni.Tengok!”Kata sang laki.”Kenapa?”Sang bini hairan.Masakan lakinya hendak berbohong.”Dinda makan roti canai tadi tak bayar.Mamak tu marah lalu dipukulnya kanda sampai berdarah!”Sang bini tercengang-cengang.Sang laki pula tak ketawa walaupun masing-masing berbohong.Mereka balik berlinglong-linglong.Tidak jadi mereka itu bertaubat.

Monday, March 8, 2010

SEMINAR MCMC DI ALOR SETAR

 
  
Bersama rakan ham dan swal diseminar skmm di hotel seri malaysia alor setar pada hari sabtu 6/3/2010

 
ahli panel pada seminar tersebut adalah dari kiri En Sulu dari mcmc,Puan Fauziah dari sirim,En Zainol dari mcmc dan En Jafri dari kastam.

Template by - Abdul Munir - 2008