Search This Blog

Thursday, May 20, 2010

MAKAN DURIAN DI SIK

Hari rabu petang tak kemana mana 9w2tbo termizi adik kita call ajak ke sik makan durian,cikgu nasir 9w2cnk buat kenduri pulut durian.cantik......lebih kurang pukul 5.30pm 9w2tbo bersama orang lama dlm radio ham 9w2ps pak nol dari kepala batas,p.pinang sampai kat umah kita kat seri bayu terus kita bertolak ke sik.Majlis bermula pada pukul 8.30pm.Ramai gak rakan2 yg hadir,9w2ucc bg zul dan 9w2jra azirul pun ada gak.meriah tul la mlm tu.Dengar cerita ada lagi aktiviti makan durian di sik iaitu di BATU SEKETUL pada 29/05/2010.pertanyaan lanjut boleh hubungi 9w2skd abg shaari tel 013 4355893.Banyak lagi foto2 mengenai eyeball makan pulut durian di sik ni,bolehlah melawat ke blog v28 raksik http://sikv28.blogspot.com



Wednesday, May 19, 2010

PEMBERITAHUAN WALIMATULURUS

PEMBERITAHUAN WALIMATULURUS




Assalamualaikum,saya 9w2rxw pak lang (rosmanizam abu bakar)mempersilakan semua rakan rakan ham tak kira dimana jua berada terutamanya di lokalan sik/jeneri tak lupa juga kepada rakan ham baling dan sg petani kemajlis perkahwinan saya di KAMPUNG KEMELONG SIK, KEDAH.Bertarikh 13 jun 2010 bersamaan 30 jamadilakhir 1431h.Kehadiran tuan2 amat dialu alukan.Base saya berdekatan dengan base 9w2kkk(khusaini),9w2mpi(matpi)dan 9w2akk(awie).Turut mengundang seisi keluarga
SAPA SAPA TAK TAU JALAN IKUT PETA DI BAWAH:-









LEBIH SENANG MASUK V28(145350)

Monday, May 17, 2010

Pantai Merdeka EyeBall

bersama rakan ham di Pantai Merdeka sempena pengakap remeja sedunia.9m2mz,9m2zm,9w2akk,9w2doz,9w2rxw,9w2tbo,9w2mpi,9w2hlm,9w2msp,9w2obs,9w2axs dan ramai lagiiii


















Sunday, April 25, 2010

BENGKEL ANTENA ASTRA

Bengkel antena astra bertempat di Bandar Perdana Sg Petani pada hari sabtu malam 24/04/2010.
Bengkel ini dijayakan oleh 9w2mso jadi terima kasih banyak2 cikgu atas kesudian meluangkan masa.
Ramai jugak rakan2 ham yg datang dari Kepala Batas pun ada jugak dari Sik.

Gambar ceria rakan ham yg menghadiri bengkel antena di bandar perdana sg petani.Lebih lanjut klik di atas yg bertajuk bengkel antena.

Monday, March 29, 2010

CERITA BOHONG


CERITA ORANG BERBOHONG NAK BERTAUBAT DARIPADA KOLUMTEPI OLEH AZIZI HJ ABDULLAH.
Cerita orang kuat bohong nak bertaubat berlaku di tepi Sungai Tembeling di Negeri Pahang.Ada dua laki bini cukup kuat berbohong.Mereka bohong bukan saja kepada orang ramai tapi kepada diri mereka sendiri,antara laki dan bini.Suatu hari sang laki bersungut kepada sang bini kerana dia ingin bertaubat;tak mahu berbohong lagi.Hasrat yang cantik itu disambut oleh sang bini dengan ucapan Alhamdulillah.Kalau begitu marilah kita sama-sama bertaubat agar tidak berbohong lagi.Tapi di mana?Di masjid?Di hadapan orang ramai?Di mahkamah syariah atau di kuala Pahang?Sang laki memberitahu,tidak perlu tempat orang ramai.Cukup di tepi tebing Sungai Tembeling.Yang penting bertaubat.Maka pagi besoknya ,selepas solat subuh pergilah sang laki dan sang bini ke tepi sungai.Si laki renjong kekar tubuhnya.Si bini tembon gedebok,tercunggit-cunggit daging punggungnya kalau berjalan.Si laki mendapat petua ,taubatberbohong yang aula ialah dengan terjun ke dalam sungai  kemudian tahan nafas selama 30 saat.Apabila timbul, luruhlah semua dosa pembohong.Taubat yang diterima mesti kena ambil segenggam tanah dasar.Sang bini setuju .Undi pun di cabut.Bini kena terjun dulu.Maka binipun dengan cawat dan baju mandinya terjun habis.Sampai ke dasar sungai.sekadar 20 saat,apabila hendak timbul kakinya tersangkut di akar.Jenuhlah dia merengkuh tapi tak terdaya.Akhirnya setelah direngkuhnya habis,kakinya pun terlucut dan timbullah ia.”Hee,lambat sangat, kenapa?Kan syarat kita sekejap saja?”Tanya sang laki.”Memang lambat sikit.Tadi dinda terjun sampai bawah,jumpa mamak roti canai.Dinda sentailah dua tiga biji.Sedap rupanya roti canai mamak di bawah ni.Orang pun ramai”.Sang laki pun hairan.Masakan bini berbohong dalam keadaan hendak bertaubat dari berbohong.Kini giliran sang laki.Lalu dia melondeh seluar dan baju,hanya tinggal seluar jerut sahaja.Dia terjun betul-betul macam gambar Tarzan;Dua tangan lurus,kepala dulu dan dua kaki juga lurus.Berkocak air Sungai Tembeling akibat bahadi terjun badan gempal itu.Tapi nasib si laki agak malang.Keplanya terhentak di seketul batu pejal sehingga berdarah.Dia jadi pening.Sakitnya memengit.Kerana tak tahan,dia pun timbul dengan segera.Kepalanya berdarah.”Hai sekejap sangat.Takkan orang nak bertaubat sekejap saja?”kata sang bini apabila lakinya yang sangat cepat menyelam .”Ini dinda punya angkara.Mamak roti canai tu pukul kanda sampai berdarah di kepala ni.Tengok!”Kata sang laki.”Kenapa?”Sang bini hairan.Masakan lakinya hendak berbohong.”Dinda makan roti canai tadi tak bayar.Mamak tu marah lalu dipukulnya kanda sampai berdarah!”Sang bini tercengang-cengang.Sang laki pula tak ketawa walaupun masing-masing berbohong.Mereka balik berlinglong-linglong.Tidak jadi mereka itu bertaubat.

Monday, March 8, 2010

SEMINAR MCMC DI ALOR SETAR

 
  
Bersama rakan ham dan swal diseminar skmm di hotel seri malaysia alor setar pada hari sabtu 6/3/2010

 
ahli panel pada seminar tersebut adalah dari kiri En Sulu dari mcmc,Puan Fauziah dari sirim,En Zainol dari mcmc dan En Jafri dari kastam.

Sunday, February 28, 2010


ABOUT KEDAH HISTORY

Recorded history shows that in the 5th century AD, traders plying the east-west trade route stopped at the port of Kuala Muda, using Gunung Jerai, Kedah's highest peak, as a navigational point.

The ruins of ancient Candi (temples) in the Bujang Valley show that a Hindu-Buddhist civilization existed here and may have been one of the first places to have come into contact with Indian traders. How important this kingdom was, is still being researched as more artifacts are unearthed.

During the 7th and 8th centuries, Kedah paid tribute to the Sumatran Srivijaya Empire. After the decline of the empire, it became a vassal state to the Thais until the 15th Century when the rise of Malacca led to the Islamization of the area. Kedah faced Portuguese and Achehnese attacks in the 17th century, but it again fell into Thai hands in 1821.

The Thais handed Kedah over to the British in 1909, and after the Japanese occupation, it became one of the states of the Malayan Union and subsequently the Federation of Malaya in 1948.
 

Thursday, February 25, 2010

MOBILE RIC







RADIO AMATUR

Radio Amatur (Ham Radio) adalah satu hobi dimana seseorang itu dapat berhubung dengan rakan yang lain secara individu atau berkumpulan diseluruh dunia dengan menggunakan gelombang radio.
Contohnya anda berada di Johor,anda boleh berhubungdengan rakan-rakan radio amatur lain yang berada di Perlis,Perak,Kelantan dan tak kira dimana diseluruh Malaysia amnya menggunakan frekuansi 144Mhz-148Mhz secara percuma.
Perhubungan ini dilakukan dengan menggunakan suara atau isyarat-isyarat lain seperti Kod Morse(CW) atau kaedah digital lain.
Seseorang yang hendak menjadi pengendali radio amatur hendaklah lulus peperiksaan Radio Amateur Examination(RAE).Setelah lulus barulah boleh membuat permohonan bagi mendapatkan lesen radio amatur.
Di
Malaysia,pihak yang memegang kuasa mengeluarkan lesen radio amatur ialah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM).
Bayaran lesen kelas A ialah RM36.00 setahun manakala lesen kelas B buat masa ini ialah RM24.00 setahun.Setiap pengendali radio amatur mempunyai kod panggilan atau callsign tersendiri.
Di
Semenanjung Malaysia,callsignnya ialah 9M2 dan 9W2,di Serawak 9M8 dan 9W8 manakala di Sabah ialah 9M6 dan 9W6.Sebelum menjadi pengendali radio amatur yang berlesen,seseorang itu dipanggil SWAL(ShortWave Listenen).
Setelah lulus RAE barulah seseorang itu boleh memancar dan berQSO di udara.
Maklumat lanjut mengenai peperiksaan RAE bolehlah diperolehi dengan mengunjungi laman web SKMM dari masa ke semasa.
http://www.skmm.gov.my

Template by - Abdul Munir - 2008