Search This Blog

Tuesday, February 16, 2010

MENGURUSKAN PERMOHONAN BARU AA (KELAS B)



Di sini sedikit tips/senarai semak untuk menguruskan AA anda.
1. Isi borang AA dengan lengkap [
download]
2. Dapatkan tandatangan 2 orang pemegang AA Kelas A [
download]
3. Menandatangi Surat Akuan Sumpah di hadapan pesuruhjaya sumpah [
download]
4. Lengkapkan borang pilihan callsign [
download]
5. Menyertakan salinan kad pengenalan
6. Bawa Surat keputusan LULUS RAE dan salinan
7. Wang Pos atau Bank Draf sebagai bayaran AA
8. Pastikan anda berurusan di Pejabat SKMM pada waktu pejabat...sebaiknya sebelah pagi (jangan datang disaat-saat waktu kerja dah nak habis... nanti anda kecewa!!!)
Bayaran yuran tahunan AA + yuran proses. Contoh untuk AA 5 Tahun :
RM 24.00 X 5 Tahun = RM 120.00 + RM 60.00 = RM 180.00
Terkini, saya difahamkan bahawa segala pembayaran AA dibuat melalui kaedah Wang Pos atau Bank Draf atas nama SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Template by - Abdul Munir - 2008